Blogger Widgets Blog Incik Panda: January 2012

Saturday, 7 January 2012

Hai hai yang tengah membaca. Hari ini Incik Panda ade game best nak bagi kat kamu semua. Game ni kan, warne die hitam putih jer, tapi menang game of the year dalam genre puzzle. Incik Panda dah maen dah game nih, lame gak nk abes kan,,, susah, tapi seronok,,,, jom kite tengok gambar game nih....
 

 


sape nk game nih?, angkat kaki... hihihi....
ukeh noh link dyer : 


Law sape2 adew problem nk maen,,,
donlod yang ni, lepas tu install:


Debik @ Kill Virus Shortcut Mudah

Hmmm.... dah masuk 4 sem Incik Panda kat Kolej Uniti serba permai dan indah nih ( ya Allah ampunilah aku sebab menipu), banyak benda yang tak berapa menggelikan hati malah menyakiti hati yang selalu berlaku kat student2 kat sini. terutamanya bila time2 nak anta assgnment. Yeh, virus yang berjaya menambat hati aku, VIRUS SHORTCUT. berbulu plus tension kan? ukeh ngarut intro panjang2.. kat bawah nih Incik Panda dah sediakan tuto nk remove virus tuh....

Ni le rupe virus tu.. Hensem kn?
Nak remove senang jer, cam tutup pintu tandas, adew step2 dyer kn.....

STEP
1) buka notepad (cari sampai jumpa)
2) then tekan sini
3) adew nampak kan adew tulis banyak2? Copy semua tuh. jangan tinggalkan siket pown
4) notepad yang buka tadi bukan perhiasan ok. Paste kat dalam notepad tu.
5) save as notepad tu sebagai IncikPanda.bat. (pastikan.bat tu adew)
6)bile dah save tu, run lah ape lagi. Law de kat pendrive, copy then paste kat pendrive then run.
FINISH

PS***
kena tukar gaya bahasa Incik Panda lupa ni assgnment. Thee hee hee
PPS***
menderita tade internet selama 2 hari...

Wednesday, 4 January 2012

Origami Ros

First of all,,,
Nih posting gua yang kedue lam tempoh 10 menet,,,
Tuto a.k.a tutorial nak buad origami ros atau dalam bahase sopannyer mawar,,, (cewah),,,
Penat aq tnye pkcik aq, segale macam keyword aq tnyer,,, Kredit to uncle GOOGLE sbb bagi aq tuto nih,,,
Har har har,,,,


*bermula dari atas (kiri), atas (kanan), bawah (kiri) dan bawah (kanan)

1. Atas (kiri) : pastikan anda ada kertas bersais sama (segi empat sama) dan lipat kertas itu mengikut gambarajah (ikut arrow kalau lost).. 
2. Atas (kanan) : Kemudian lipat sedikit di hujung kertas, dan lipat sekali di bucu.. (berpandukan arrow yang diletakkan) besarkan gambarajah kalau kurang jelas. 
3. Bawah (kiri) : kemudia buka semula lipatan itu.. Pastikan ada lipatan seperti dalam bulatan. 
4. Bawah (kanan) : Bahagian ni sedikit sukar. Ikut langkah pertama, lipat dua bahagian pada kertas. Kemudian (langkah2), tekan pada kedudukan seperti arrow 2.


5. Atas (kiri dan kanan) : Selepas bahagian 4 ditekan, ia sepatutnya menjadi seperti dalam rajah 5 dan 6.. 
6. Bawah (kiri dan kanan) kemudian mengikut di kedudukan arrow 1,2 dan 3 (gambar bawah kiri), ada perlu lipat dibahagian tersebut magi menjadi seperti di rajah8 (gambar bawah kanan).

7. Atas (kiri) : kemudia buka semula lipatan, pastikan menjadi seperti di rajah 9 (atas kiri) pastikan ada lipatan seperti yang ditunjukkan pada kedudukkan arrow. 
8. Atas (kanan) : terbalikkan kertas (atas ke bawah) seperti di rajah 10 (atas kanan) pastikan ada lipatan di bahagian arrow. 
9. Bawah (kiri) : Bahagian yang penting dan menarik untuk dibuat.. Selepas anda terbalikkan kertas seperti di rajah 10, ikut arrow yang diberikan, 1 dan 1 ditolak, 2 dan 2 ditolak.. Anda akan nampak kertas itu dah mula membengkok ke atas.. 
10 Bawah (kanan) : teruskan seperti di rajah 12, bentuk ros dah mula kelihatan.. Secara kesimpulannya, anda hanya perlu tolak mengikut arrow yang ditunjukkan..


11. Atas (kiri) : Selepas langkah ke 10, terbalikkan origami anda seperti rajah  13, pasti jadi macam gambarajah, 
12. Atas (kanan) : nampak tak arrow pada gambarajah 14? Langkah ni perlu dibuat dengan gentle, atau lembut sebab ia penting untuk memberi bentuk bunga itu.. 
13. Bawah (kiri) : terbalikkan semula dan tekan bahagian yang kembung.. Seperti yang ditunjukkan pada gambarajah 
14. Bawah (kanan) : dan origami anda (dari bawah) sepatunya menjadi seperti gambarajah 16.

15. Atas (kiri kanan) : bentuk origami anda sepatutnya sudah seperti gambarajah 17 dan 18. 
16. Bawah (kiri) : bukak origami anda perlahan-lahan mengikut arrow yang ditunjukkan. Jangan bukak semua, sikit je sampai sama seperti gambarajah.. kalau terbuka sepenuhnya, kembali ke step 10. 
17. Bawah (kanan) : dari pandangan tepi. Perhatikan arrow 1, anda perlu lipat arrow 1 ke arrow 2.. 

18. Atas (kiri) : jika cara lipatan anda betul, (langkah 17) origami anda sudah sepatutnya sudah seperti di gambar atas kiri, Jika kurang tepat, cuba tengok balik di mana anda lipat.. 
19. Atas (kanan) Bawah (kiri kanan) : Teruskan lipatan seperti yang ditunjukkan. Langkah ini perlu anda lipat betul betul, sebab origami anda mungkin akan tercabut bahagian daunnya jika salah dilipat.

20. Atas (kiri kanan) Bawah (kiri) : Lipatan terakhir (langkah 18 dan 19) untuk mengikat daun. sekarang ikut arrow 1 dan 2.. tolak perlahan-lahan (rujuk gambar atas kiri kanan dan bawah kiri) 
21. Bawah (kanan) : Jika cara lipatan anda pada langkah 20 betul, sepatutnya origami anda sudah menunjukkan seperti gambarajah bawah kanan. Kemudian perhatikan bucu pada arrow tersebut.. Lipatkan ia ke dalam untuk menyembunyikannya.. Lipat setiap bucu (di bahagian bawah) yang ada dan pastikan bahagian bawah anda rata

22. Atas (kiri kanan) : Seperti diterangkan pada langkah 21.\ 
23. Bawah (kiri kanan) : Jika langkah anda pada 21 dan 22 betul, origami anda sepatutnya mampu diletakan seperti di gambarajah bawah (kiri) dan sekarang perhatikan pula bucu (pada gambarajah bawah kiri) seperti yang ditunjukkan pada arrow dan lipatkannya. Dan gambarajah bawah kanan adalah hasil origami anda.. 

*** by da way.... nih bkan tngan aq....
tngan aq byk bulu sket,,,
har har har 

Testing.....

My first official blog... Nih lecturer aq le niw yg swoh buad,,,,
Adess!!! By da way,,, need some support from all the readers, and (law adew lah) blog walkers,,,
thee hee hee...